Saturday 7 April 2012

My Son And Autism..


Tahun nie Aryan 4tahun... tapi dia bulan 12 kn, so dia baru 3 tahun 3 bulan... Aryan membesar dengan sihat sejak dia genap 3 tahun.. Alhamdulillah.. tapi.. dia x pandai lagi bercakap dengan betul.. menyusun kata tidak berapa fasih lagi.. cuma " tepi" "air" "nanak" "papa" dan perkataan favorite dia.. "hot dog" "toodle" dr Mickey mouse clubhouse... menari, menyanyi bila menonton rancangan cartoon kegemarannya tu.. dia cuma menyebut perkataan yang cuma dia jer faham.. bila saya panggil "Aryan.. Come here.." "Aryan jangan usik!!" "Aryan mamam!!" dia seolah olah x dengar.. dia buat x tahu jer.. buat derk jer.. dia masih lagi memakai pampers kerana dia x panadai lagi cakap nk buang air besar or kecik.. tp kalo ader "benda" dalam pampers nya tu, mula lah x selesa dan mintak tolong kat saya or suami.. makan kuat, minuman kegemaran dia air masak dan air kotak dutch lady kid.. dia x minum susu tepung.. x nak langsung.. al maklum lah, nyusu badan smpi 3 tahun.. mainan yang dia suka main bola, kereta dan guitar kecik milik tuk ayahnya.. Aryan suka benda2 yang berpusing.. aper2 jer mainannyer, akan di pusing2 kan.. dia sukakn botol.. aper jer jenis botol dia mainnnya.. saya pun x tau aper yang dia lihatnya kat botol tu... kalo pergi rumah moyangnya, dia akan amik jer botol handwash dettol tu, sampai x nak lepas.. hehe.. Aryan jugak kadang2 x der eye contact bila kita ber cakap dengannya.. tapi kalo saya menyanyi lagu yang dia suka, bergurau2 dengan dia, masa tu lah dia akan pandang mata saya dengan penuh concentration... bila dia marah, dia akan menghantuk2 kan kepala dia ke dinding.. tapi sikit jer.. dia tahu sakit kn.. hehe.. saya dan suami ader membaca artikel mengenai kanak-kanak AUTISTIK... bila di lihat pada ciri2, perangai dan tingkahlakunya, Aryan ada kebanyakan ciri2 nya... jadi, masa check up Aryan di hospital, doktor kata dia kena bt ujian pendengaran dan speech therapy..
kerana dia x bercakap dan doktor kata dia ader tanda2 AUTISM... Aryan lulus ujian pendegaran.. Alhamdulillah... tapi 5 bulan sekali Aryan perlu ke speech therapy.. dan pakar tu kata, Aryan memang mcm budak autistik.. kami di sarankan, pergi sahkan pada pakar kanak2... bulan 2 aritu, kami pergi ke Dr Lau di jalan ong kim wee.. setelah berjumpa doktor tu.. sah lah Aryan merupakan kanak-kanak Autistik... saya... x tahu aper nak cakap.. nak menangis... nak menjerit... nak meraung.. semua ader.. suami dan saya dapat menerimanya dengan tenang... sejak itu, saya banyak membaca di internet tentang anak autism.. dan saya menerimanya dengan tabah dan yakin yang saya akan berusaha akan mendidik aryan sehingga dia berjaya... walau apa pun kata orang... lantak lah!!! my son is special.. dia anak syurga... Autisme malaysia yang saya join, sedikit sebanyak dapat saya info2 dan pengalaman parents2 yang anak nya sama dengan aryan... i'm proud with my son...

2 comments:

  1. terima dgn tabah kerana anda insan pilihanNya utk menerima ujian...

    ReplyDelete
  2. insyaAllah.. saya sedang cuba untuk menjadi kuat untuk Aryan... dia perlukan saya...

    ReplyDelete