Saturday 7 April 2012

Kawasaki... is name of a disease..

Aryan adha melalui pelbagai rintangan kalo bab2 sakit nie... bila dia 2 tahun, dia kena sakit tekak, dua hari gak laa.. pegi klinik pakar, katanyer sakit tekak biasa jer... musim katanya... lpas 2 hari, dia demam... x reda2 gak... tengahari tu mata dia mula merah.. kaki penuh ngan ruam2 merah... saya dan abg pelik... terus hantar ke emergency hospital melaka... masuk wad... lpas dpt ujian darah, Aryan di syaki kena demam KAWASAKI... bak kata doktor tu.. KAWASAKI DISEASE... what?! aper benda tu? yg saya tau tu nama motor... doktor kata antara simptom2 nya ialah --- Penyakit Kawasaki, atau juga dikenali sebagai sindrom nod lymphpenyakit nod mucocutaneousinfantile polyarteritis dan sindrom Kawasaki, adalah vasculitis terhad-diri yang kurang diketahui yang menjejaskan banyak organ, termasuk kulit dan selaput (membran) pernafasan, nod lymph, dindingsalur darah, dan jantung. Ia tidak kelihatannya berjangkit. Penyakit Kawasaki mungkin menyebabkan inflamasi salur darah di seluruh badan. Ini diikuti oleh petanda yang berikut: demam; ruam; pembengkakan tangan dan kaki; kerengsaan dan kemerahan mata; kerengsaan dan pembengkakan selaput lendir mulut, bibir dan kerongkong; dan pembengkakan nodus limfa di bahagian leher. Kesan awal penyakit Kawasaki berkemungkinan tidak serius, tetapi, dalam sesetengah kes, kerumitan jangka masa panjang termasuk kerosakan arteri koronari mungkin timbul. Ia mula digambarkan pada tahun 1967 oleh Dr. Tomisaku Kawasaki di Jepun.[1] --- 
Aryan terus di masukkan ke PICU ( pediatric icu).... kami duduk 2 mlm... lpas antibiotik nya habis... baru masuk wad biasa... bengkak2 dia kaki, mata yg merah mula susut... 5 hari di wad dan di benarkan pulang.. tetapi Aryan perlu terus makan Aspirin utk mengelakkn bengkak jantungnya... 6 bulan sekali akan berulang alik ke hospital melaka untuk ECHO... Aryan mula berjalan pun lambat.. nak masuk 1 tahun lebih baru berjalan... bercakap tidak lagi.. bila tengok anak org lain da bercakap, saya agak sedih.. tapi saya kuat kan semangat saya yang saya kekalkan dari mula dia sakit dulu...





1 comment: