Wednesday, 11 April 2012

10 Things Every Child With Autism Wishes You Knew




Bulan April ialah Autism Awareness Month..
Fahami lah anak-anak ini... Aryan... mummy akan cuba fahamkan orang2 di sekeliling kita supaya diorang faham Aryan.. you are special... watch this video.. then you'll understand how my son and other kids feel...
Aryan... walau mcmana keadaannya pun mummy tetap menjadi kuat untuk aryan... biar aper org nk kata.. diorang blh mengata, mengosip, dan mcm2 lagi.. diorang x tau perasaan kita.. bila diorang tau aryan special, diorang akan memberikan layanan yang lain dari kanak-kanak biasa.. ye, mummy tau.. tapi x per.. biar kan mereka.. x semua mereka mcm tu sayang.. Mummy sayangkan aryan..
Kepada mereka di luar sana, sekiranya anak saya mengamuk, x melayan panggilan anda, berjalan ke sana, ke sini, jangan lah marah... fahami lah dia.. dia belum tahu lagi untuk mengatakan apa yang dia mahu..
Sekiranya anak saya x nak bersalam atau menyapa anda, jangan lah kecik hati yer..
Aryan suka berada dalam dunianya sendiri.. dia akan tengok kartun di handphone diam2 jer.. dia x kacau orang.. tapi dia suka bergaul dengan kanak-kanak...
Pernah pergi klinik pakar, aryan  want to play with this boy, about his age, Aryan tergelak2 pegang tangan budak tu nak ajak main.. mulutnya x berhenti berkata2 perkataan yang x di fahami.. the boy make a weird face and push aryan away... aryan menangis and terus meluru ke saya.. the boy go to his mum, and say something.. tapi saya x dengar pulak apa.. the parents look at Aryan and berkerut dahi... saya x tahu la apa yang diorang fikirkan.. saya just ignore kan diorang.. Aryan terus jer bermain kt tempat mainan tu after saya pujuk dia dari menangis.. dia bermain dengan happy sangat.. berpusing2, tergelak2, menyanyi2, lari sana sini, hehe... he is so happy... Orang2 dalam klinik tu tengok jer aryan.. Ada yang senyum tengok aryan, ada yang mengerut tengok aryan.. Saya just biar jer Aryan bermain.. dia demam tu, tapi aktif bermain.. I'm proud of my son.. lantak la orang lain nak fikir apa.. Doktor dan nurse kat situ da biasa dah dengan aryan.. diorang x kisah pun.. diorang faham.. Bright Child is the clinic aryan pergi dari baby lagi.. jadi doktor tu and nurses tu semua da kenal aryan.. thanks guys for understand... aryan is special.. dia anak syurga...

Aryan new pics..




Monday, 9 April 2012

...aryan, what are u doing?!

smile!!
Aryan suka bila gambarnya di ambil masa dia 1 tahun lebih.. kalo ambil gambar mesti tersenyum bila saya kata "smile!!! " dia akan pandang kamera sambil tersenyum menampakkan giginya yang cantik.. dia cukup pandai bergaya.. hehe... setiap kali dia tersenyum, saya lupa semua masalah sakitnya yang dia alami dulu...dia membesar dengan cerdik sekali... walaupun dia x pandai lagi berkata2 seperti kanak-kanak sebayanya.. saya tetap bersabar menunggu saat2 dia memulakan perkataannya...
in da car while waiting for mummy 
hehe.. favorite place to play


















Bila dia genap 2 tahun, saya perhatikan dia suka tengok laptop.. bila busunya buat kerja.. mengadap cam tahu jer aper yang busunya buat.. busunya buka kan you tube Mickey mouse clubhouse, dia suka sangat2.. menyanyi2 dia tengok.. kalo buka game, dia tgk jer kita main.. duk diam jer.. hehe..

meniarap tgk mickey mouse
dia terlalu minat dengan laptop.. kalo dia nak tengok, dia tarik tangan kita suruh buka.. hehe.. dah dapat tengok, dia duduk diam jer tengok game, or kartun dlm laptop tu.. bila cerita or games tu habis, dia akan tekan mana2 button kat keyboard tu... hehe.. Aryan nampak bijak bila duduk depan laptop... dia jugak kalo dapat pensil dan buku dia akan duduk menconteng buku tu...   duduk diam jer dia tulis2..mulut pun sama bising.. x tau la aper yang di cakap kan.. tapi nampak sibuk sangat dengan buku dan pensilnya tu..  aryan jugak suka main handphone...

ABC.. 123...
kalo pergi mana-mana shopping complex, nampak jer tempat games, mesti dia berlari pergi ke tempat tu.. 1st sekali mesti ke tempat game kereta.. yang mainan kanak-kanak x nak pulak dia main.. hehe..

concentration... hehe..

Sunday, 8 April 2012

....it's a girl!!!

Awal bulan 06. 2011.... saya di sahkan pregnant... Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi.. memang saya dan suami menantikan anak ke-2.. Sepanjang tempoh kehamilan, Alhamdulillah saya x banyak masalah.. tapi ulang alik hospital lah sebab abgnya ader history sakit jantung kan, so kena gie scan tengok baby punya jantung dlm perut.. Alhamdulillah baby punya jantung ok... Saya selalu juga tarik2 tangan Aryan dan letakkn kat perut saya dan terangkan kat dia.. "aryan, dalam nie ada baby tau.. adik aryan.." dia tergelak2 gak kadang2.. tapi kadang2 marah, sebab saya suka letak tangan kat perut yang besar nie.. hehe.. dia buat derk jer bila saya tunjukkan baju baby, brg2 baby, tapi saya tahu, dia faham aper yang saya cakapkan pada dia.. sepatutnya tarikh due saya 15.02.2012.. tapi x bersalin gak.. 17.02.2012 pinggang mula sakit2, perut ula mengeras2.. suami saya terus hantar saya ke hospital.. saya pergi tanpa cium aryan.. terus jer gie..sampai kat hospital, saya baru buka 2cm.. kena laa duduk wad.. malamnya, saya menangis sebab rindukan aryan. yelah, x pernah tinggal jauh dari dia.. tidur pun berkepit dengan saya.. tapi aryan di rumah x cari pun saya.. dia x tanya pun saya.. tidur dgn papa lena jer.. hehe.. mummy jer teremosi sikit.. Esoknya 18.02.2012, saya dah sakit sangat2 pukul 7.30pm saya dah masuk labour room..
Arshiya Auni 1st day
Pukul 10.45pm dah bersalin.. Ahamdulillah.. Normal.. Baby Girl... hehe..  Arshiya Auni namanya..
meaning = sangat cantik dan lemah lembut..
Bawak balik baby ke rumah, Aryan menjerit tengok saya.. lama x jumpa agknya.. 2 ari jer.. hehe.. bila saya tunjuk baby pada dia, dia lari2.. dia taknak pun pegang ke, cium2 ke.. dia pandang jer... tapi alhamdulillah la bila saya nyusukan adik dia, tidur dengan adik dia, dia x marah pun.. tapi nampak juga kadang2 bila adik dia nangis, dia pegang tangan adik dia.. bila suruh kiss, x nak.. marah and mengamuk jadinya.. bila kena masanya, ada jugak dia kiss.. hehe.. Aryan... he is so special.. he's ignoring you, but he knows what is going on around him.. pandai anak mummy.. i'm so proud of my son.. orang leh mengata.. tapi diorang x tau betapa Supernya anak mummy... Love my son and daughter sooooo much!!!

the siblings sleep together..


Saturday, 7 April 2012

What is Autism??



Autisme bermaksud satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi serta tingkahlaku terhad dan berulang-ulang. Simptom ini mula ditunjukkan oleh anak-anak seawal umur 3 tahun lagi.

Terdapat pelbagai simptom yang berbeza pada kanak-kanak yang mengalami autisme. Terdapat kanak-kanak yang mempunyai simptom yang ringan dan ada juga kanak-kanak yang mempunyai simptom yang lebih berat. Cuba anda bayangkan sekaki payung, Payung itu mewakili Autisme, dimana dibawa payung itu mengandungi pelbagai simptom yang berbeza. Kanak-kanak autisme boleh mempunyai sebahagian simptom-simptom ini atau keseluruhannya sekali (turut dikenali dengan terma ‘Autism Spectrum Disorder’).
Diantara kategori-kategori bagi gangguan Autisme ini adalah:
  • Autistic disorder” (juga dikenali sebagai “Klasik” Autisme)
  • Sindrom Asperger” (juga dikenali sebagai “Atypical Autism”)
  • Pervasive Developmental Disorder” (tiada spesifikasi tertentu)
*(Pervasive Developmental Disorder can be broken down further to include Childhood Disintegrative Disorder and Rett syndrome.)

Tidak ada ubatan mahupun rawatan bagi mengubati autisme, namun begitu terdapat beberapa kaedah untuk membantu anak-anak autisme dalam kehidupan seharian serta memaksimumkan keupayaan pembelajaran.
Tanda-tanda bagi Autisme.


My Son And Autism..


Tahun nie Aryan 4tahun... tapi dia bulan 12 kn, so dia baru 3 tahun 3 bulan... Aryan membesar dengan sihat sejak dia genap 3 tahun.. Alhamdulillah.. tapi.. dia x pandai lagi bercakap dengan betul.. menyusun kata tidak berapa fasih lagi.. cuma " tepi" "air" "nanak" "papa" dan perkataan favorite dia.. "hot dog" "toodle" dr Mickey mouse clubhouse... menari, menyanyi bila menonton rancangan cartoon kegemarannya tu.. dia cuma menyebut perkataan yang cuma dia jer faham.. bila saya panggil "Aryan.. Come here.." "Aryan jangan usik!!" "Aryan mamam!!" dia seolah olah x dengar.. dia buat x tahu jer.. buat derk jer.. dia masih lagi memakai pampers kerana dia x panadai lagi cakap nk buang air besar or kecik.. tp kalo ader "benda" dalam pampers nya tu, mula lah x selesa dan mintak tolong kat saya or suami.. makan kuat, minuman kegemaran dia air masak dan air kotak dutch lady kid.. dia x minum susu tepung.. x nak langsung.. al maklum lah, nyusu badan smpi 3 tahun.. mainan yang dia suka main bola, kereta dan guitar kecik milik tuk ayahnya.. Aryan suka benda2 yang berpusing.. aper2 jer mainannyer, akan di pusing2 kan.. dia sukakn botol.. aper jer jenis botol dia mainnnya.. saya pun x tau aper yang dia lihatnya kat botol tu... kalo pergi rumah moyangnya, dia akan amik jer botol handwash dettol tu, sampai x nak lepas.. hehe.. Aryan jugak kadang2 x der eye contact bila kita ber cakap dengannya.. tapi kalo saya menyanyi lagu yang dia suka, bergurau2 dengan dia, masa tu lah dia akan pandang mata saya dengan penuh concentration... bila dia marah, dia akan menghantuk2 kan kepala dia ke dinding.. tapi sikit jer.. dia tahu sakit kn.. hehe.. saya dan suami ader membaca artikel mengenai kanak-kanak AUTISTIK... bila di lihat pada ciri2, perangai dan tingkahlakunya, Aryan ada kebanyakan ciri2 nya... jadi, masa check up Aryan di hospital, doktor kata dia kena bt ujian pendengaran dan speech therapy..
kerana dia x bercakap dan doktor kata dia ader tanda2 AUTISM... Aryan lulus ujian pendegaran.. Alhamdulillah... tapi 5 bulan sekali Aryan perlu ke speech therapy.. dan pakar tu kata, Aryan memang mcm budak autistik.. kami di sarankan, pergi sahkan pada pakar kanak2... bulan 2 aritu, kami pergi ke Dr Lau di jalan ong kim wee.. setelah berjumpa doktor tu.. sah lah Aryan merupakan kanak-kanak Autistik... saya... x tahu aper nak cakap.. nak menangis... nak menjerit... nak meraung.. semua ader.. suami dan saya dapat menerimanya dengan tenang... sejak itu, saya banyak membaca di internet tentang anak autism.. dan saya menerimanya dengan tabah dan yakin yang saya akan berusaha akan mendidik aryan sehingga dia berjaya... walau apa pun kata orang... lantak lah!!! my son is special.. dia anak syurga... Autisme malaysia yang saya join, sedikit sebanyak dapat saya info2 dan pengalaman parents2 yang anak nya sama dengan aryan... i'm proud with my son...

Kawasaki... is name of a disease..

Aryan adha melalui pelbagai rintangan kalo bab2 sakit nie... bila dia 2 tahun, dia kena sakit tekak, dua hari gak laa.. pegi klinik pakar, katanyer sakit tekak biasa jer... musim katanya... lpas 2 hari, dia demam... x reda2 gak... tengahari tu mata dia mula merah.. kaki penuh ngan ruam2 merah... saya dan abg pelik... terus hantar ke emergency hospital melaka... masuk wad... lpas dpt ujian darah, Aryan di syaki kena demam KAWASAKI... bak kata doktor tu.. KAWASAKI DISEASE... what?! aper benda tu? yg saya tau tu nama motor... doktor kata antara simptom2 nya ialah --- Penyakit Kawasaki, atau juga dikenali sebagai sindrom nod lymphpenyakit nod mucocutaneousinfantile polyarteritis dan sindrom Kawasaki, adalah vasculitis terhad-diri yang kurang diketahui yang menjejaskan banyak organ, termasuk kulit dan selaput (membran) pernafasan, nod lymph, dindingsalur darah, dan jantung. Ia tidak kelihatannya berjangkit. Penyakit Kawasaki mungkin menyebabkan inflamasi salur darah di seluruh badan. Ini diikuti oleh petanda yang berikut: demam; ruam; pembengkakan tangan dan kaki; kerengsaan dan kemerahan mata; kerengsaan dan pembengkakan selaput lendir mulut, bibir dan kerongkong; dan pembengkakan nodus limfa di bahagian leher. Kesan awal penyakit Kawasaki berkemungkinan tidak serius, tetapi, dalam sesetengah kes, kerumitan jangka masa panjang termasuk kerosakan arteri koronari mungkin timbul. Ia mula digambarkan pada tahun 1967 oleh Dr. Tomisaku Kawasaki di Jepun.[1] --- 
Aryan terus di masukkan ke PICU ( pediatric icu).... kami duduk 2 mlm... lpas antibiotik nya habis... baru masuk wad biasa... bengkak2 dia kaki, mata yg merah mula susut... 5 hari di wad dan di benarkan pulang.. tetapi Aryan perlu terus makan Aspirin utk mengelakkn bengkak jantungnya... 6 bulan sekali akan berulang alik ke hospital melaka untuk ECHO... Aryan mula berjalan pun lambat.. nak masuk 1 tahun lebih baru berjalan... bercakap tidak lagi.. bila tengok anak org lain da bercakap, saya agak sedih.. tapi saya kuat kan semangat saya yang saya kekalkan dari mula dia sakit dulu...





Friday, 6 April 2012

Starting the chapter of my life..

Assalamualaikum... hai... hello... ape khabar malaysia.... hehe.. nie baru2 try bt blog.. x tau sgt2... kalo ader yg nk mengajar, sudi2 kn lah... blog nie khas untuk anak sy, Aryan adha dan Arshiya auni... ank saya yg pertama berumur 3 tahun 3bln.. yg perempuan bru nk masuk 2bln 18hb 04 nie... suami tersayang bernama Mohd Firdaus.... kami dah berkahwin 4 tahun... 08 disember 2007 merupakan tarikh kami di nikahkan... dan setahun kemudian, ank kami Aryan Adha di lahirkan pagi hari raya haji 08 disember 2008.... sama tarikh nikah kami... alhamdulillah.. kurniaan Allah yg teramat indah bg kami....



 sesungguhnyer dugaan membesarkan anak amat2 mencabar... genap 2 bulan, Aryan Adha batuk2 n di masukkn ke hospital...kata doktor pneumonia.... paru2 ader kahak... kena gas, kena amik darah,.... cian dia... tgn di cucuk2 masuk air... lpas tu doktor kata dgr jntungnyer lain bunyi... hah?! saya n suami rsa pelik.. aper yg lain nyer?? doktor hantar Aryan utk bt echo ( scan utk jantung).. rupa2nyer.. injapnyer berlubang n agk bengkak... saya hanya mampu menangis.. suami hanya mampu terdiam kaku... PDA ( patent ductus arteriosus) nama sakit jantung nya tu... IJN menjadi tempat Aryan berulang alik setiap 3 bulan... bila dia genap 6 bulan, dia demam sampai kena fits (sawan).. di hospital, doktor sahkan dia kena MENINGITIS.. 2,3 kali jugak lah dia kena fits di hospital.. seminggu lebih saya dan aryan duduk di hospital.. habis antibiotiknya, baru leh balik.. Fits pun da x kena lagi.. alhamdulillah.. syukur pada Tuhan.. x tido malam saya bila Aryan x sihat.. genap 10bulan, dia kena Bypas... iaitu salah satu rawatan selain dari operation untuk menutup lubang di injapnya.. 4 hari di IJN... Aryan x demam, dah boleh balik... Alhamdulillah...


Alhamdulillah.... Bypas itu berjaya... ia di lakukan melalui peha... saya tengok luka dia sikit jer... dia tebuk di celah peha... cmner dia buat, saya x tahu lah.. saya x ikut pun masuk... takut... suami jer masuk.. suami saya pun x tgk.. pejam mata katanyer... huhu... cian Aryan....